Blog ini adalah untuk tujuan tugasan Sains Pemikiran dan Etika bagi membincangkan
bab 9 : Kaedah Penyelesaian Masalah
Kita sebagai makhluk Allah tidak akan dapat lari dari masalah dalam kehidupan yang akan menyebabkan kita stress atau tertekan.
Namun, kita boleh mengelakkan stress atau tekanan tersebut jika kita mampu menanganinya dengan bijak. Bab 9 : kaedah penyelesaian masalah, akan mengajar kita bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang bijak. ( rambut sama hitam, hati lain-lain. So, kalau rasa cara ini kurang sesuai boleh cuba cara yang lain juga :) ) saya akan menggunakan contoh saya sendiri iaitu masalah pengurusan masa yang saya sendiri hadapi dan mungkin juga para pelajar IPT yang lain.
Pertama sekali, penyelesai masalah hendaklah mempunyai SIFAT-SIFAT seperti yang berikut;
- mempunyai motivasi yang kuat: setiap penyelesai masalah kena mempunyai motivasi yang tinggi untuk menyelesaikan masalah. Bagi diri saya sendiri, motivasi yang saya guna dari dulu hinggalah sekarang ialah, kejayaan saya untuk ibu saya.
- jati diri yang kukuh: penyelesai masalah hendaklah mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan kena percaya bahawa setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya.
- trait yang positif: penyelesai masalah hendaklah mempunyai trait-trait yang positif bagi memastikan masalah boleh diselesaikan. Sebagai contohnya, emosi yang stabil, objektif dan komitmen, menerima pertolongan dari orang lain dan sebagainya.
- membina kemahiran: penyelesai masalah menggunakan berbagai-bagai teknik model dalam penyelesaian masalah.
- misteri: satu situasi yang menyelereng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan dimana situasi ini tidak dapat diterangkan dengan menggunakan akal fikiran.
- tugasan: merupakan kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas memperincikan kriteria yang perlu dimasukkan.
- kesukaran: penyelesai masalah tidak tahu menguruskan situasi dan merasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi.
- peluang: penyelesai mempercayai bahawa setiap peluang akan membawa kepada keuntungan.
- tidak pasti (puzzles): penyelesai masalah menghadapi situasi dimana dia tahu penyelesaian tetapi tidak tahu jawapan mana yang betul.
- dilema: situasi dimana amat sukar mencari penyelesaian.
ketiga, penyelesai boleh MENYELESAIKAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK:
terdapat beberapa langkah, antaranya ialah;
terdapat beberapa langkah, antaranya ialah;
- mendefinisikan masalah: berdasarkan contoh yang saya berikan, masalah yang kita hadapi ialah kesukaran untuk menguruskan masa dan membahagikan masa untuk aktiviti-aktiviti harian yang dilakukakn oleh seorang pelajar. langkah ini penting untuk mengenal pasti keadaan mindset penyelesai masalah.
- mengkelaskan masalah: masalah diukur berdasarkan tinggi atau rendahnya risiko. kelas bagi contoh yang saya gunakan ialah kesukaran, seperti mana yang saya katakan pada bahagian sebelum ini.
- tentukan objektif: penyelesai masalah menentukan apa yang diingini daripada aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan berdasarkan contoh, aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah menjauhkan diri daripada aktiviti yang tidak berfaedah dan gajet-gajet yang boleh melalaikan. objektif daripada aktiviti ini ialah supaya penyelesai dapat membiasakan diri untuk tidak membuang masa.
- tentukan ukuran kejayaan: langkah ini penting untuk menilai kejayaan kita. berdasarkan contoh, kesan daripada kejayaan membendung permasalahan ini akan mengurangkan risiko permasalahan yang lebih besar. sebagai contohnya, stress yang melampau dan kejatuhan pointer.
- kutipan data: penyelesai masalah hendaklah menyenaraikan faktor-faktor masalah. berdasarkan contoh, antara faktornya ialah membuang masa melayan gajet, melibatkan diri dengan aktivi yang tidak berfaedah, rangsangan rakan sebaya dan sebagainya.
- membuat keputusan: setelah membina beberapa opsyen, opsyen yang paling tepat akan dilaksanakan.
- melaksanakan keputusan yang diambil: opsyen yang telah dipilih akan dipraktikan dan selepas beberapa minggu, penilaian akan dibuat sama ada objektif yang dibuat tercapai atau tidak.